KOTA

Dibina semula oleh orang-orang Belanda dalam kurun ke-18, yang pada asalnya merupakan gereja persendirian Portugis yang ditujukan khas untuk Paderi St. John. Kota ini mempunyai rekaan yang menarik iaitu meriam yang diletakkan menghadap kawasan pedalaman kerana di waktu itu, serangan ke atas Melaka datangnya dari sana berbanding dari laut.

Kota ini dibina pada tahun 1757 yang terletak kira-kira 49km dari bandar Melaka dalam perjalanan menuju Port Dickson. Kota ini berdiri teguh di atas kawasan tinggi dikenali sebagai Bukit Supai. 
Orang-orang Bugis dan angkatan Belanda membina kota pertahanan di atas Bukit Supai sebagai lambang berdamai untuk peperangan yang berlaku pada tahun 1756-1757. Ia kemudiannya dikenali sebagai "Kota Filipina" mengikut nama seorang anak perempuan pegawai Belanda ketika itu.
Pada 1 Januari, 1758, perjanjian damai telah ditandatangani di sini. Berdasarkan perjanjian tersebut, orang-orang Belanda diberi kuasa di kawasan Linggi dan dalam perdagangan timah.
Kota Belanda ini berbentuk empat segi menggunakan batu-bata merah dan dikelilingi oleh paya di luar kota. Setiap sudut berbentuk separuh bulatan yang diletakkan meriam. Kota ini mempunyai dua pintu masuk. 

No comments: